Haflah Khatam Juz 30 & Juz 29 Semester 1/2026

thalatha tisa haflah khatam juz 30 juz 29 semester 1 tahun 2026 (76)

Saya ingin berkongsi laporan pencapaian program Minggu Anak Hebat 2 Semester 1 2026 bagi hafazan Juzuk 29 dan Juzuk 30.

Kejayaan luar biasa anak-anak kita adalah hasil langsung daripada sinergi dan usaha sama erat antara pihak guru dan ibu bapa. Berikut adalah bukti komitmen bersama kita:

  • Trek Rekod Juzuk 30 (2025): Kita bermula dengan pencapaian 14 daripada 15 anak lulus dalam masa 120 hari. Seorang anak mendapat Gred Mumtaz, lima orang anak mendapat Jayyid Jiddan dan 8 orang mendapat gred Jayyid.
  • Pecutan Hebat Juzuk 29 (2026): Seterusnya pada Januari lalu, seramai 12 anak menyambung cabaran, dan hasilnya 9 daripada 12 anak berjaya lulus dalam tempoh yang jauh lebih singkat, iaitu 77 hari sahaja. Seorang anak mendapat Gred Mumtaz, dua orang anak mendapat keputusan gred Jayyid Jiddan, dan enam mendapat Jayyid.
  • Kejayaan Kumpulan Baharu Juzuk 30 (2026): Prestasi cemerlang ini diteruskan oleh kumpulan baharu semester ini, di mana 9 daripada 13 anak turut berjaya lulus juga dalam masa 77 hari. Dua orang anak mendapat Gred Mumtaz, 3 orang mendapat Gred Jayyid Jiddan, dan 4 orang mendapat gred Jayyid.

Masa hafazan berjaya dipendekkan daripada 120 hari kepada 77 hari. Malah, anak-anak yang mendapat pencapaian Mumtaz

Guru di sekolah bertindak sebagai pengajar, tetapi ibu bapa adalah co-trainer dan co-facilitator utama. Gred Mumtaz dan Jayid Jiddan ini tidak hadir secara bergolek, ia adalah hasil acuan konsistensi tasmik dan ulangan (murajaah) yang ibu bapa lakukan di rumah setiap hari.

Sinergi inilah rahsia kejayaan kita. Syabas dan terima kasih kepada semua ibu bapa atas kerjasama yang luar biasa ini. Mari kita teruskan momentum ini demi melahirkan generasi Al-Quran yang cemerlang!

Wabillahi taufiq wal hidayah, wasalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dr. Hapidah Mohamed
Headmistress
Thalatha Tis’a, Surau Al-Furqan

© Copyright 2025. Thalatha Tis'a.
All rights reserved.